

Sekadar menyampaikan pesanan, sejauh mana kebenarannya, wallahualam. Begini kisahnya:
Saya memang berasal dari kampung bentong dalam kluang di Johor. Sungai di bentong dulu airnya bersih. Waktu kecil memang selalu mandi di sungai melatai kg bentong ini di bawah jambatan sebelah Masid bentong. Teringat lagi waktu dahulu walaupun dah bersekolah rendah tetapi setiap kali mandi sungai saya dan rakan-rakan semuanya mandi berbogel. Itulah kisah waktu kecil dahulu.
Selepas puas mandi sungai, kerap juga saya dan rakan-rakan pergi pula memancing ikan. Antara ikan yang kerap saya dapat ialah keli, haruan, terbul, lampam, sebarau, keting, putih, puyu dan berbagai ikan lagi. Bila tiba musim panas dimana air sungai menjadi sedikit dan banyak lopak air di sungai terhasil, saya dan rakan-rakan membeli jaring untuk menjaring ikan, berkilo-kilo ikan dibawa pulang ke rumah.
Mencari ikan memang seronok tetapi yang tidak seronok ialah menyiang ikan. Menyiang ikan keli seronok sikit kerana ikan ini tiada sisik, cuma perlu buang sengat dan perut. Selain dari sengat ikan keli yang berbisa dan perut yang perlu dibuang, saya diajar oleh arwah ibu saya agar membuang dua bahagian berhampiran sengat ikan keli ini iaitu di belakang kedua-dua sengat. Bahagian yang perlu dibuang ini kira-kira sebesar kepala mancis. Saya tidak tahu apa sebabnya saya perlu membuang bahagian ini tetapi saya diajar begitu. Bahagian ini membengkak sedikit dan terletak di bawah kulit. Mungkin inilah bahagian yang mengeluarkan bisa ikan keli dan oleh itu ia perlu dibuang.
Pada masa kini, saya tidak pasti sama ada orang yang menyiang ikan keli ini membuang kedua-dua bahagian di belakang kedua-dua sengat ini atau tidak. Saya menjangkakan ramai orang yang tidak mengetahui perkara ini dan dengan itu tidak membuang kedua-dua bahagian ini.
Ikan keli adalah kategori ikan berbisa sama dengan ikan baung, ikan pari, ikan duri, sembilang dan sebagainya. Orang perempuan yang sedang berpantang akibat bersalin memang tidak boleh makan ikan berbisa ini. Kalau sebut cerita orang perempuan berpantang waktu bersalin, memang banyak sangat pantang larangnya. Namun apa yang pelik sekali ialah mengapa doktor tidak menggalakkan pantang larang dan sebaliknya menggalakkan pula makan ayam lepas bersalin.
Orang perempuan baru bersalin kalau nak buat eksperimen sains mudah sahaja, makanlah gulai nangka muda atau makan nangka atau makan cempedak, insya-Allah boleh gila meroyan. Bagi orang baru bersalin saya nasihatkan agar berpantanglah agar cepat sembuh luka bersalin luar dan dalam.
Kembali kepada isu ikan keli dan ikan bersengat lainnya, ia juga memang tidak boleh dimakan oleh orang yang mengidap sakit gout dan athritis serta sakit pada sendi. Kalau dimakan lagi bertambah sakit pada sendi. Bagi mereka yang ada penyakit gout, boleh mencuba makan ikan pari dua hari berturut-turut dan lihatlah sendiri kesannya.
Ingatlah agar jangan makan ikan keli secara kerap. Kepada yang ada gout dan sakit sendi, jauhi langsung dari makan ikan keli dan ikan bersengat lainnya.
Beberapa bulan lepas saya ada ke Jabatan Perikanan untuk berbincang tentang projek ternak ikan keli. Mengikut fakta, ramai pengusaha memberi makan bangkai ayam & palet sebagai makanan keli.
Menurut pegawai itu lagi, beberapa ujian DNA dibuat ke atas keli ternak dan didapati ada DNA khinzir. Setelah dikaji, kemungkinan besar DNA khinzir tu berpunca dari palet makanan.
Palet juga merupakan makanan kpd ayam daging, dan DNA khinzir juga terdapat pada ayam ini. Ada sesetengah pegawai di jabatan itu yang dah berhenti makan ayam, keli apatah lagi..
Saya tak jadi ternak keli…. kat kedai pun tak lalu nak makan. Tapi ayam makan lagi, tak tahu apa nak makan… beli ikan pula ada unsur pengawet mayat..
Tapi ada hujah dari sahabat yang mengatakan umat islam makan babi haram, tapi ikan/ayam makan babi tak de pulak hukum… kira halal lah. Tapi bila ada DNA babi dalam tu rasa bersalah pula, ada alternatif ke kawan2…
Tu belum lagi cerita pasal ayam KFC haram… isk tak reti lah…
Oleh itu, elakkanlah makan ayam secara kerap.
Sekian untuk kali ini, wassalam.
Begitulah ceritanya. Panjang jer bebelannya.. Kalau rasa betul, lepas ni takyahlah makan keli ngan ayam. Kalau rasa mengarut, makan jer lah dua-dua. Tapi kalau tak pasti, lebih baik tinggal. Abis tu nak makan apa??? Tepuk dada tanya iman…
Wallhu a’lam.
create by bob
No comments:
Post a Comment